Kenapa Cetakan Gambar Pada Album Sangat Penting?

Kami percaya bahawa KEHIDUPAN TERLETAK DI BAWAH PENCETAKAN.

Setelah beberapa hari majlis kahwin , anda akan kongsikan gambar-gambar perkahwinan anda di media sosial. Saat-saat ini akan hangat seketika. Selepas itu, keluarga dan rakan anda akan melupakan kenangan hebat ini. Selebihnya, gambar-gambar kenangan suasana perkahwinan anda berakhir dalam simpanan “hard disk” yang lama-kelamaan dilupakan. Lebih buruk jika “hard disk” rosak, memori ini tidak dapat dikembalikan.

Akan tetapi dengan adanya pencetakan album ini di rumah anda, cetakan ini membolehkan perkahwinan anda dijayakan semula, oleh setiap orang yang datang ke rumah anda.

Perkahwinan anda akan diceritakan semula kepada ahli keluarga yang tidak dapat hadir dan kepada generasi ahli keluarga yang belum dilahirkan.

 

Bayangkan perbualan berikut …

  1. Ingat lagi tak masa ini, majlis kahwin kamu….
  2. Semasa kamu baca lafaz takliq …Saya masih ingat saya menangis ketika kamu mengucapkannya
  3. Saya rindu majlis perkahwinan kita. Nak tengok balik album kahwin
  4. Masa ini nenek masih ada pada majlis kahwin kita.

 

Nilai Pada Sesebuah Pencetakan Album | Pertimbangkan Fakta Ini.

  1. Pencetakan album akan membuat anda lebih memikirkan perkahwinan anda.
  2. Pencetakan album akan membantu anda mengingati perkahwinan anda dengan lebih baik.
  3. Pencetakan album akan memulakan lebih banyak perbualan mengenai perkahwinan anda.
  4. Pencetakan gambar sebuah keluarga dapat meningkatkan harga diri dalam kekeluargaan.
  5. Album dalam bentuk fizikal nyata. Ia mempunyai perasaan yang berbeza dapat disentuh jika di bandingkan digital. Ia adalah tempat lebih baik dalam ingatan kita.
  6. Permukaan tekstur pada pencetakan album , anda akan rasa lebih emosi, yang penting untuk ingatan.

 

PENCETAKAN ALBUM adalah Pusaka Keluarga

Dari pencetakan album hinggalah ke frame gambar, ia adalah pusaka keluarga yang sangat bernilai dan ketahanannya hingga ke generasi terakhir.

Perkahwinan anda adalah perayaan cinta, sejarah dan wajar dikenang. Ia wajar di bincangkan. Ia layak dilihat turun temurun. Jadi, izinkan kami bantu anda merealisasikan gambar-gambar simpanan digital anda di cetak. Supaya, anda sentiasa mengingati setiap hari, cinta yang anda untuk dimiliki keluarga anda.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai album kami, sila hubungi kami

SHARE THIS STORY
COMMENTS
EXPAND
ADD A COMMENT