COVID-19 Mengubah Perancangan Majlis Nikah Mereka

Sesiapa sahaja yang merancang hari perkahwinan mereka, pasti melalui pelbagai cabaran & rintangan. Dari segi perancangan pemilihan lokasi, pakaian, catering, photographer, videographer & pelbagai lagi. Saat inilah saat yang paling mengujakan. Setiap check list disusun atur bagi memastikan majlis yang dinantikan berjalan lancar. Pada tahun 2020, Mac, wabak COVID-19 telah menyerang negara kita dan kesannya mendorong bakal pengantin terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka disebabkan Pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setelah satu tempoh yang agak panjang, akhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan kerana kita berjaya dapat mengurangkan kes peningkatan wabak ini setiap hari.

Tahun ini 2021, awal Januari sekali lagi COVID-19 tiba memberi impak kepada negara kita, dan akhirnya mendorong kerajaan kita melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua.

Terkesan kepada bakal-bakal pengantin yang ingin melaksanakan Majlis Akad Nikah pada waktu yang terdekat. Setelah merancang sekian lama, akhirnya terpaksa menangguhkan lagi majlis akad nikah mereka. Kita sendiri tidak dapat meramal bila tempoh PKP ini akan berakhir memandang peningkatan kes setiap hari semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan segelintir pengantin mengambil keputusan untuk melaksanakan majlis akad nikah mereka sebelum PKP dilaksanakan buat kali kedua.

Kami Qahhar Photography menerima panggilan dari pelanggan kami Aida & Syafiq dimana mereka sepatutnya melangsungkan majlis mereka pada bulan Febuari, memberitahu bahawa mereka akan melangsungkan majlis akad nikah mereka pada hari itu juga dan akan berlangsung kurang dari 3 jam sahaja lagi, memandangkan esok adalah hari bermulanya perlaksanaan PKP 2.0.

Kami dokumentasikan hari majlis akad nikah Aida & Syafiq dimana perancangan mereka hanya mengambil masa kurang dari 3 jam sahaja. Baju nikah yang sepatutnya mereka pakai pun belum siap dari tempahan. Aida terpaksa ke butik dan terus pilih baju yang sesuai dan dipakai pada hari tersebut. Ahli keluarga & rakan karib yang hadir semua dari ofis memandangkan mereka semua sedang bekerja. Pengumuman yang mengejut. Alhamdulillah, majlis mereka berjalan lancar. Pasangan ini selamat diijab kabulkan sebelum PKP2.0 dilaksanakan. Tahniah buat Aida & Syafiq ?

SHARE THIS STORY
COMMENTS
EXPAND
ADD A COMMENT